Tuesday 15 May 2012

nota ting.3- KH

TEMPAT KEDIAMAN

DEFINISI: Tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan bagi sesebuah keluarga

JENIS RUANG TEMPAT KEDIAMAN

Ruang sosial = Ruang tamu, Ruang makan

Ruang kerja = Stor, Dapur

Ruang persendirian = Bilik Tidur, Bilik Mandi
  














KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN

PENGUDARAAN –Dapat menjamin keselesaan

*Kepentingan


-Menentukan udara masih segar
-Mengelakkan bau kurang menyenangkan
-Menentukan kesihatan yang baik

PENCAHAYAAN

*Pencahayaan am-Menerangi seluruh bilik tanpa halangan
 
*Pencahayaan terus- Memancar ke satu arah sahaja

*Pencahayaan tidak langsung-diperoleh daripada pantulan cahaya ke siling atau dinding dan dibalikkan ke ruang sekitarnyaseprti lampu hiasan dinding

SKEMA WARNA

*Warna lembut-Mewujudkan suasana sejuk tenang dan harmonis
                         - Ruang kecil kelihatan lebih luas
                         - Siling yang rendah kelihatan tinggi
                         - Biru muda, hijau muda dan merah jambu



*Warna Terang-Mewujudkan suasana ceria dan cerah
                         -Ruang kecil kelihatan luas
                         -Siling yang rendah kelihatan tinggi
                         -Merah, jingga dan kuning


*Warna Gelap –Mewujudkan suasana tenang dan redup
                        - Ruang besar kelihatan lebih kecil
                        - Siling yang tinggi kelihatan rendah
                        - Biru tua dan ungu tua 

 
LANTAI DAN PENUTUP LANTAI

*Ciri-ciri lantai yang baik -cantik
                                           -kukuh
                                           -tidak licin
                                           -senang dijaga
*Jenis-jenis lantai

·         Lantai simen- serambi,stor

·         Lantai mozek- dapur,bilik mandi

·         Terazo -bilik tetamu

·         Marmar -bilik tetamu

·         Parket-bilik tidur, bilik tetamu, tangga

*Jenis penutup lantai ialah permaidani, linolium dan vinil.

*Pemilihan penutup lantai menjamin keselamatan, keteguhan dan memudahkan penjagaan.




ALATAN  & KELENGKAPAN

* Tempat kediaman memerlukan perabot dan kelengkapan untuk kemudahan dan keselesaan penghuninya.

*Perabot dan kelengkapan perlu disusun dengan sistematik supaya
·         udara dapat beredar dengan baik
·         tidak menghalang laluan
·         kemalangan dapat dielakkan

KESELAMATAN

-Pilih alatan kelengkapan mengikut keutamaan dan pastikan ia dalam keadaan baik dan popular supaya alat ganti mudah diperolehi

-Peralatan elekrikda peraltan yang tajam digunakan dan disimpan dengan baik

-Jenis lantai sesuai dengan fungsi ruang

-Sediakan alat pemadam api






PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMAN
JENIS
KETERANGAN
CONTOH
Pembersihan Harian
Ø  Dilakukan setiap hari
Ø  Kerja yang ringan dan ringkas
Ø  Dilakukan dalam masa yang singkat



Ø  Menyapu
Ø  Mencuci pakaian
Ø  Membuang sampah
Ø  Menyusun buku
Pembersihan mingguan
Ø  Dilakukan pada hujung minggu
Ø  Masa yang lebih lama
Ø  Ada pembahagian tugas
Ø  Mengelap tingkap & perabot
Ø  Mencuci tandas
Ø  Memvakum
Ø  Mengemop lantai
Pembersihan Berkala
Ø  Dilakukan pada masa cuti
Ø  Begotong-royong bersama ahli keluarga
Ø  Menukar langsir
Ø  Membersih kipas
Ø  Membersih stor



Alat pencuci
BIL
ALAT PENCUCI
KEGUNAANNYA
1
Berus siling
Membersih siling dan dinding
2
Sekuji
Mengelap lantai
3
Penyapu rami
Menyapu permukaan lantai licin
4
Penyapu lidi
Menyapu lantai papan&konkrit
5
Penyapu sabut/plastik
Menyapu permukaan lantai yang tidak licin
6
Berus tandas
Mencuci mangkuk tandas
7
Mop lantai
Mengelap lantai


Agen pencuci
BIL
AGEN PENCUCI
KEGUNAANNYA
1
Sabun
Menghilangkan kotoran
2
Detergen
Mencuci kotoran
3
Peluntur
Menghilangkan kotoran degil
4
Pembasmi kuman
Membunuh kuman


FAKTOR PEMILIHAN PERABOT DAN KELENGKAPAN  TEMPAT KEDIAMAN

Ø  Saiz ruang
Ø  Saiz Perabot
Ø  Skema Warna
Ø  Keceriaan
Ø  Keselamatan
Ø  Bilangan ahli keluarga


SUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN DI RUANG DAPUR


AKTIVITI
PENERANGAN
Meja Kerja
Ø  Diletakkan berhampiran dengan sink dan dapur untuk mengurangkan pergerakan
Ø  Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
Peti Sejuk
Ø  Diletakkan jauh daripada dapur bagi mengelakkan terkena haba yang panas
Ø  Berdekatan dengan meja kerja supaya dapat memudahkan kerja
Sink
Ø  Diletakkan di tepi tingkap untuk mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang baik
Dapur
Ø  Berada pada ketinggian yang sesuai untuk memudahkan kerja
Ø  Diletakkan jauh daripada bahan mudah terbakar
Ø  Diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk mengurangkan pergerakan

1 comment:

  1. Bet365 Casino and Resort - Mapyro
    Find 김포 출장샵 the best Bet365 Casino and 제주 출장마사지 Resort in Maricopa, AZ with Mapyro. Browse 2610 광주광역 출장샵 slot machines, 38 table 안산 출장샵 games and an array of dining 영천 출장마사지 options.

    ReplyDelete