Wednesday 16 May 2012

nota ting.1-KH


TAMAN HIASAN

 6.1 Taman Hiasan


Merupakan kaedah pembiakan yang paling
kerap dilakukan.


 Kaedah ini cepat menghasilkan anak pokok.
Sesuai untuk menghasilkan anak pokok yang banyak


Bahagian pokok yang biasa digunakan ialah:
                                                                 i.      bahagian bawah
                                                             ii.      bahagian dahan
                                                         iii.      bahagian ranting







6.1.1 Menyediakan Medium Semaian

   Medium semaian terdiri daripada:
                                                                      i.            Tanah loam
                                                                      ii.           Bahan organik
                                                                     iii.          Pasir sungai
  Nisbah campurannya ialah :
 +
 2 bahagian tanah loam
 1 bahagian bahan organik                         +
1 bahagian pasir sungai 

 

6.1.2 Jenis Keratan Batang

1. Keratan Kayu Lembut (keratan hijau)
·Diambil daripada bahagian pucuk yang masih berwarna hijau dan mudah patah apabila dilentur.
·Daunnya tidak perlu dibuang.



2. Keratan Kayu Sederhana Keras (keratan hijau-perang)
·Dihasilkan daripada bahagian dahan yang baru matang iaitu diantara keratan kayu lembut dengan kayu keras.
·Daun bawah dibuang.



3.Keratan Kayu Keras (keratan keras)
·Dihasilkan daripada bahagian batang yang telah matang. Sesuai disemai terus ke dalam beg politena.
·  Semua daun dibuang



6.1.3 Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiakkan           Melalui Keratan Batang

·   Semasa memilih keratan batang, perkara tersebut perlu dipertimbangkan:



  Pilih keratan batang daripada pokok induk yang sihat dan baik
­  Pilih keratan batangyang bebas daripada penyakit dan haiwan perosak.
­  Pilih batang atau dahan yang berdiameter 1cm- 1.5cm

 








· Contoh tumbuhan yang boleh dibiakkan melalui       keratan batang

­Keratan kayu lembut
­Jejari Hantu (Althernanthera elliptica)
­Keratan kayu sederhana lembut
­Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis)
­Keratan kayu keras
­Angsana (Pterocarpus Indicus)

 











6.1.4 Menyedia dan Menyemai Keratan Batang

· Keratan batang yang telah disediakan hendaklah
 segera disemai untuk mengelakkannya daripada layu.
·Hormon pengakaran perlu digunakan untuk
 mempercepatkan pertumbuhan akar.



6.2 Penanaman Anak Pokok
6.2.1 Menyediakan Medium Penanaman

·      Bahantara yang menjadi tempat pokok tumbuh dan membesar.
·      Medium yang baik mesti mengandungi nutrein yang seimbang untuk anak pokok.
·      Medium penanaman boeh disediakan dengan kaedah:
I) J.I.P(John Innes Potting compost)
·      7 tanah + 3 bahan + 2 bahagian
         loam       organik    pasir sungai

ii)Nisbah campuran
·      3tanah + 2 bahan + 1 bahagian
loam       organik     pasir sungai

6.2.2 (i)Mengubah Anak Pokok ke Dalam  Beg
            Politena

·      Proses memindahkan anak pokok dari bekas semaian ke medium penanaman
·      Pengubahan perlu dilalukan untuk memberikan anak pokok nutrien yang lengkap dan ruang yang lepas.
·      Proses perlu dilakukan berhati-hati supaya anak pokok tidak cedera.

6.2.2(ii)Cara Menanam Anak Pokok
                                   i.    Isi beg politena dengan medim penanaman sehingga ¾ penuh
                                  ii. Gali anak pokok beserta tanah di sekeliling anak pokok
                                 iii.  Masukkan anak pokok ke dalam beg politena ,tambah medium,dan padatkan perlahan-lahan.



6.3 Penjagaan Anak Pokok

6.3.1 Merumput
·      Rumput yang tumbuh dalam beg politena perlu di buang untk mengelakkan persaingan antara tanaman hiasan dengan rumput  untuk mendapatkan air,nutrien,cahaya dan ruang.

6.3.2 Menggembur Tanah
·      Perlu dilakukan jika medium menjadi keras dan padat.
·      Untuk memudahkan akar pokok menyerap air dan nutrien

6.3.3        Membaja
·      Proses membekalkan nutrien yang di perlukan oleh anak pokok.


6.3.4        Menyiram
·      Bertujuan untuk membekalkan air kepada tanaman hiasan melalui medium.
·      Kekurangan air akan menyebabkan daun menjadi layu,tiada pertumbuhan dan medium menjadi kering dan keras.
·      Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya 1 kali sehari
·      Guna bekas penyiram yang bermuncung dan berlubang halus.

No comments:

Post a Comment