REKACIPTA
Maksud Reka Cipta
Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian
produk (inovasi) untuk memenuhi kehendak pengguna.
Proses Reka Cipta
1.
Pengenalpastian masalah
2.
Pemilihan idea
3.
Perekaan projek
4.
Pemilihan reka bentuk projek
5.
Perancangan projek dan pembinaan projek
6.
Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian
projek
7.
Pendokumentasian
Pengenalpastian masalah
1.
Pengenalpastian masalah merupakan langkah
asas dalam proses reka cipta.
2.
Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses
berikut perlu dilakukan :
(a)
Mengenal pasti masalah
(b)
Mengumpul maklumat dan data
(c)
Menganalisis maklumat
(d)
Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah
Pemilihan idea
1.
Pemilihan idea ialah memilih satu daripada
pilihan-pilihan idea yang ada dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea,
serta dapat menarik minat pengguna.
2.
Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea :
(i )
Keupayaan kendiri
(i i)
Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(iii)
Bahan dan komponen
(iv)
Cara pembuatan
(v )
Kepentingan produk
(vi)
Mesra alam
Perekaan Projek
1.
Perekaan projek ialah proses yang dilakukan
untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan.
2.
Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga atau
dua dimensi dan ianya menggambarkan bentuk dan saiz projek.
Pemilihan Reka Bentuk
1.
Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan
kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.
2.
Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor
berikut:
(i)
Fungsi
(ii)
Rupa bentuk
(iii)
Kesesuaian bahan
(iv)
Kaedah binaan
(v)
Ketahanan
(vi)
Kos
(vii)
Kemasan
(viii) Keselamatan
(ix)
Nilai komersial
3.
Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan
unjuran ortografik
(b)
Pandangan hadapan
(c)
Pandangan sisi
Perancangan Pembinaan Projek
1.
Bahan dan kesesuaiannya :
Bahan yang dipilih
perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial.
(i)
Papan lapis (v) Perspek
(ii)
Kayu (vi) Mounting board
(iii)
Kepingan logam (vii) Pelekat
(iv)
PVC (viii) Medium Density
Fibreboard (MDF)
2.
Pemilihan alatan
Proses
|
Alatan
tangan yang digunakan
|
Mengukur
dan menanda
|
Pensel,
pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, tolok serong
|
Memotong
|
Gergaji
puting, gergaji tangan, gergaji lengkung halus
|
Membentuk
|
Kikir
parit, pahat tepi serong
|
Mencantum
|
Tukul
warrington, tukul kuku kambing, gandin kayu.
|
Kemasan
|
Berus
cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat
|
3.
Menyediakan jadual kerja
Aktiviti
/ Minggu
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
Mengenalpasti
masalah
|
✔
|
||||||||
Mengumpul
maklumat dan data
|
✔
|
||||||||
Menjana
idea, melakar, dan memilih objek
|
✔
|
||||||||
Perancangan
dan pembinaan objek
|
✔
|
||||||||
Pemasangan,
pengujian dan pengubahsuaian
|
✔
|
✔
|
✔
|
✔
|
|||||
Dokumentasi
|
✔
|
✔
|
✔
|
✔
|
✔
|
✔
|
✔
|
✔
|
|
Persembahan
|
✔
|
Pengiraan
Kos
1.
Kos projek melibatkan kos bahan, kos upah dan
kos overhead.
2.
Kos
bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membeli bahan-bahan untuk
membuat projek reka cipta.
3.
Kos upah ialah gaji atau upah pekerja bagi
menghasilkan projek reka cipta.
4.
Kos overhead ialah perbelanjaan lain yang
terlibat semasa proses penghasilan projek reka cipta.
Contoh
pengiraan : (kos projek untuk 50 unit projek)
Kos bahan projek = RM 240.00
Kos upah
(5 orang x 10 jam x RM3.00 = RM 150.00
Kos
overhead (elektrik, air, telefon) = RM 35.00
Kos
Pengeluaran = Kos Bahan+Kos Upah+Kos Overhead
=
RM 240.00 + RM 150.00 + RM 35.00
=
RM 425.00
Kos
Pengeluaran Seunit = Kos Pengeluaran
Jumlah Unit
=
RM 425.00
50 unit
=
RM 8.50
Pembinaan,
Pengujian dan Pengubahsuaian Projek
1.
Mengukur,
Menanda dan Memotong.
2.
Membina
dan Mencantum bahagian Projek
3.
Memeriksa
dan Menguji Sambungan & Pemasangan
4.
Menguji dan Menilai Projek
5.
Membuat
Kemasan
Pendokumentasian
1.
Mengumpul dan Merekodkan Maklumat.
Perkara yang
diperlukan dalam pendokumentasian:
Bil
|
Perkara
|
|
1
|
Tajuk projek
|
Rak serbaguna
|
2
|
Latar belakang
|
i. Pernyataan
masalah
ii. Produk
sedia ada
iii. Cadangan
projek
|
3
|
Objektif dan fungsi produk
|
Menyimpan alat-alat tulis
|
4
|
Deskripsi produk
|
i. Bahan dan komponen
ii. Jadual kerja
iii. Lukisan kerja
iv. Pembinaan
|
5
|
Rujukan atau bibliografi
|
Menyenaraikan semua bahan rujukan
|
6
|
Lampiran
|
Katalog, model, lakaran reka bentuk.
|
2.
Membuat Persembahan Projek
i.
Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi,
jenis bahan, kos dan keistimewaan
projek.
ii.
Merangkumi pengenalpastian masalah
perancangan projek, pembinaan projej, kemasan dan pengiraan kos.
iii.
Menyatakan masalah yang dihadapi ketika
menjalankan proses penghasilan projek
iv.
Memberi maklumat tepat dan jelas
v.
Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu
persembahan dan harus disediakan seperti gambar dan carta.
vi.
Mendapatkan komen membina daripada kawan dan
guru.
vii.
Memperbaiki kualiti produk.
No comments:
Post a Comment