Monday 11 June 2012

kaedah pembajaan

Salam semua....sebelum ini saya ada post tentang jenis2 baja kan...So kali nie saya dan bt nota berkenaan kaedah pembajaan....Semoga mendapat input dari nota saya ini!


KAEDAH TABUR

* Tabur secara menyeluruh
* Rendah keberkesanan kerana peratusan baja diserap adalah kurang
* Sesuai untuk tanaman yang ditanam dalam kawasan yang luas seperti tanaman padi.

APLIKASI JALURAN

* Meletakkan baja pada lokasi yang terdapat banyak akar
* Baja P yang kurang daya gerak (mobiliti) perlu ditabur berhampiran akar.

APLIKASI BERPERINGKAT

* Memberi baja pada beberapa peringkat tumbesaran dan pembentukan tanaman
* Dengan ini dapat mengurangkan kehilangan nutrien yang tinggi daya gerak separti unsur N

PEMBAJAAN SISI

* Membaja tanaman yang sedang membesar
* Membaja secara tabur atas jaluran

FERTIGASI

* Baja larutan diberi melalui pengairan
* Sesuai bagi media yang kurang memegang nutrien seperti pasir

BAJA FOLIAR

* Memberi baja kepada daun dalam bentuk semburan cecair
* Nutrien diserap melalui stomata







                

               

                 


Friday 8 June 2012

PERTANIAN LESTARI

Hai............kali ni saya nk bg nota tentang pertanian lestari....Harap2 sedikit sebanyak lebih faham la lepas baca nota nie...

# Sistem berintegrasi amalan pengeluaran tanaman & haiwan tenakan

# Bertujuan

  - Memenuhi keperluan makanan dan fiber
  - Menigkatkan kualiti persekitaran
  - Penggunaan sumber yang efisien
  - Mengintegrasikan kitaran biologi
  - Mengekalkan viabiliti ekonomi operasi ladang
  - Meningkatkan kualiti hidup peladang dan komuniti keseluruhan

MERANGKUMI:

1. Crop rotation
2. Agroekologi
3. Pertanian Alternatif




Thursday 7 June 2012

SISTEM PENANAMAN DI MALAYSIA

Hai.....kali ni saya nak kongsi berkaitan siste penanaman yang pernah  diamalkan di Malaysia

Yang saya tahu sistem penanaman ada 6 jenis

1) Pertanian pindah
2) Tree Horticulture
3) Pertanian perladangan
4) Dusun
5) Tanaman Semusim
6) Sistem-sistem lain bukan tropika

Pertanian Pindah

* Slash-burn-abandon agriculture
* Slash-and-burn agriculture
* Non- systematic agriculture
* Primitif (kuno)
* Pembaziran sumber

Tree Horticulture

* Penanaman pokok penting
* Tanaman bercampur (saka, buah-buahan)
* Ternakan (makanan + sumber baja)
* Sistem tidak efisien

Pertanian Perladangan

* Secara besar-besaran
* Pengurusan efisien
* Diurus oleh profesional
* Penanaman tanaman tunggal
* Tanaman campuran (pertanian berintegrasi)

       Ex: Getah , Kelapa

Dusun

* Sistem moden Tree Horticulture
* Penanaman buah-buahan
* kawasan tropika
* Kawasan temperate

Tanaman semusim

* Tanaman Padi

Sistem-sistem lain bukan tropika

* Floodplain irrigation
* Burning Grazing
* Irrigated desert
* Prairie
* Dryland farming

Wednesday 6 June 2012

BAJA

Hai....entri yang ini pula saya nak kongsi la sikit nota berkenaan baja...rakan - rakan yang ambil subjek Prinsip Sains Tanaman mesti tau kn..ok..terus ke nota saya..

Baja ialah bahan yang dibekalkan kepada tanah @ media yang meningkatkan kandungan nutrien, hasil dan kualiti tanaman

KLASIFIKASI BAJA

# Baja organik
# Baja organik semulajadi
# Baja organik sintetik

Baja x organik


- Dari bahan bukan hidupan
   Cth: batuan, bahan kimia
- Proses kimia digunakan

Ciri- ciri

- Nutrien dalam keadaan mudah larut
- Cepat dibebaskan dan diserap oleh akar
- Tidak sesuai berhampiran dengan akar dalam jangka yang lama

Baja organik semulajadi


> Dari bahan tanaman @ haiwan

Ciri-ciri

> Unsur Nitrogen paling tinggi
> Nutrien lambat dibebaskan
> Perlu melalui proses pereputan dan penguraian

Baja organik sintetik


* Dibuat daripada bahan berasaskan karbon

Ciri-ciri

*Membekalkan nutrien kepada tumbuhan
* Pembajaaan melaui tanah, daun, dan batang

PENGURUSAN RUMPAI

Hai...selamat menjalani 'study week' yang amat bosan buat kengkawan yang x balik kampung..hihi..saya pun sama jgk...Kat sini saya ada menyediakan nota Pengurusan Rumpai untuk subjek Prinsip Sains Tanaman...Semoga nota ini sedikit sebanyak memudahkan anda untuk buat ulangkaji...Let's check it out..



Definisi rumpai

~ Tumbuhan yang tumbuh bukan pada tempatnya.
~ Yang tidak dikehendaki
~ Yang tidak diketaui manfaatnya
~ Yang bersaing dengan tanaman lain
~ Yang mengganggu aktiviti manusia

Rumpai juga hadir disebabkan kepelbagaian biodiversiti..


Ciri-ciri rumpai

* Mengeluarkan banyak biji benih
* Pertumbuhan populasi sangat cepat
* Ada biji benih dorman
* Mempunyai adaptasi untuk merebak
* Mempunyai bahagian vegatatif yang mudah membiak
* Cepat menguasai kawasan yang diterokai manusia

Masalah akibat rumpai

# Mengurangkan hasil tanaman
# Mengurangkan kuaiti hasil
# Menjadi hos kepada patogen
# Menghasilkan bahan toksik kepada tanaman, haiwan, dan manusia.

Manfaat rumpai

- Melindungi tanah dari hakisan
- Menjadi habitat dan makanan hidupan lain
- Menambah bahan organik
- Sebagai takungan

Kaedah Pengurusan

> Mekanikal
> Persaingan tanaman
> Penggiliran tanaman
> Biologi
> Bakar
> Kimia
> Penghindaran


Thursday 17 May 2012

nota sains pertanian

 Saya sempat meng 'upload' video tentang proses- proses yang terdapat dalam kitaran hidup tumbuhan atau tanaman. Diharap agar video2 ini dapat memberi sedikit sebanyak pemahaman dan penjelasan yang diperlukan oleh para pelajar dalam mengukuhkan lagi pemahaman dalam sains pertanian yang berkaitan dengan tumbuhan.


                                           

TRANSPIRATION



                                          
SEED PRODUCTION



                                          

POLLINATION OF FLOWER





PHOTOSYNTHESIS






PLANT TRANSPORTATION






CALVIN CYCLE PROCESS


Wednesday 16 May 2012

nota ting.1-KH


TAMAN HIASAN

 6.1 Taman Hiasan


Merupakan kaedah pembiakan yang paling
kerap dilakukan.


 Kaedah ini cepat menghasilkan anak pokok.
Sesuai untuk menghasilkan anak pokok yang banyak


Bahagian pokok yang biasa digunakan ialah:
                                                                 i.      bahagian bawah
                                                             ii.      bahagian dahan
                                                         iii.      bahagian ranting







6.1.1 Menyediakan Medium Semaian

   Medium semaian terdiri daripada:
                                                                      i.            Tanah loam
                                                                      ii.           Bahan organik
                                                                     iii.          Pasir sungai
  Nisbah campurannya ialah :
 +
 2 bahagian tanah loam
 1 bahagian bahan organik                         +
1 bahagian pasir sungai 

 

6.1.2 Jenis Keratan Batang

1. Keratan Kayu Lembut (keratan hijau)
·Diambil daripada bahagian pucuk yang masih berwarna hijau dan mudah patah apabila dilentur.
·Daunnya tidak perlu dibuang.



2. Keratan Kayu Sederhana Keras (keratan hijau-perang)
·Dihasilkan daripada bahagian dahan yang baru matang iaitu diantara keratan kayu lembut dengan kayu keras.
·Daun bawah dibuang.



3.Keratan Kayu Keras (keratan keras)
·Dihasilkan daripada bahagian batang yang telah matang. Sesuai disemai terus ke dalam beg politena.
·  Semua daun dibuang



6.1.3 Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiakkan           Melalui Keratan Batang

·   Semasa memilih keratan batang, perkara tersebut perlu dipertimbangkan:



  Pilih keratan batang daripada pokok induk yang sihat dan baik
­  Pilih keratan batangyang bebas daripada penyakit dan haiwan perosak.
­  Pilih batang atau dahan yang berdiameter 1cm- 1.5cm

 








· Contoh tumbuhan yang boleh dibiakkan melalui       keratan batang

­Keratan kayu lembut
­Jejari Hantu (Althernanthera elliptica)
­Keratan kayu sederhana lembut
­Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis)
­Keratan kayu keras
­Angsana (Pterocarpus Indicus)

 











6.1.4 Menyedia dan Menyemai Keratan Batang

· Keratan batang yang telah disediakan hendaklah
 segera disemai untuk mengelakkannya daripada layu.
·Hormon pengakaran perlu digunakan untuk
 mempercepatkan pertumbuhan akar.



6.2 Penanaman Anak Pokok
6.2.1 Menyediakan Medium Penanaman

·      Bahantara yang menjadi tempat pokok tumbuh dan membesar.
·      Medium yang baik mesti mengandungi nutrein yang seimbang untuk anak pokok.
·      Medium penanaman boeh disediakan dengan kaedah:
I) J.I.P(John Innes Potting compost)
·      7 tanah + 3 bahan + 2 bahagian
         loam       organik    pasir sungai

ii)Nisbah campuran
·      3tanah + 2 bahan + 1 bahagian
loam       organik     pasir sungai

6.2.2 (i)Mengubah Anak Pokok ke Dalam  Beg
            Politena

·      Proses memindahkan anak pokok dari bekas semaian ke medium penanaman
·      Pengubahan perlu dilalukan untuk memberikan anak pokok nutrien yang lengkap dan ruang yang lepas.
·      Proses perlu dilakukan berhati-hati supaya anak pokok tidak cedera.

6.2.2(ii)Cara Menanam Anak Pokok
                                   i.    Isi beg politena dengan medim penanaman sehingga ¾ penuh
                                  ii. Gali anak pokok beserta tanah di sekeliling anak pokok
                                 iii.  Masukkan anak pokok ke dalam beg politena ,tambah medium,dan padatkan perlahan-lahan.



6.3 Penjagaan Anak Pokok

6.3.1 Merumput
·      Rumput yang tumbuh dalam beg politena perlu di buang untk mengelakkan persaingan antara tanaman hiasan dengan rumput  untuk mendapatkan air,nutrien,cahaya dan ruang.

6.3.2 Menggembur Tanah
·      Perlu dilakukan jika medium menjadi keras dan padat.
·      Untuk memudahkan akar pokok menyerap air dan nutrien

6.3.3        Membaja
·      Proses membekalkan nutrien yang di perlukan oleh anak pokok.


6.3.4        Menyiram
·      Bertujuan untuk membekalkan air kepada tanaman hiasan melalui medium.
·      Kekurangan air akan menyebabkan daun menjadi layu,tiada pertumbuhan dan medium menjadi kering dan keras.
·      Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya 1 kali sehari
·      Guna bekas penyiram yang bermuncung dan berlubang halus.

Tuesday 15 May 2012

nota ting.1- KH


Bab 1 - Organisasi Bengkel dan Keselamatan





1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.


1.1.1 Struktur Organisasi Bengkel
Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.


1.1.2 Langkah Keselamatan


AMALAN 4M
(1) Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
-Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.


(2) Menyusun Atur
-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul


(3) Menilai
-Menilai diri sendiri dan tempat kerja
-Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
-Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.


(4) Mendisiplin
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

KESELAMATAN AM
1. Keselamatan Bengkel
-Lantai tak licin
-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah
3. Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya
4. Keselamatan Penggunaan Elektrik
-Pastikan tangan tidak basah
-Jangan menggunakan peralatan yang rosak


PENGELASAN ALAT PEMADAM API
*Kelas A (jenis air)
Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas
*Kelas B (jenis Buih)
-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat
*Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya
*Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
-Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.






*Etika Kerja merangkumi disiplin dan sikap seperti menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan.

*Budaya Kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja