Monday 11 June 2012

kaedah pembajaan

Salam semua....sebelum ini saya ada post tentang jenis2 baja kan...So kali nie saya dan bt nota berkenaan kaedah pembajaan....Semoga mendapat input dari nota saya ini!


KAEDAH TABUR

* Tabur secara menyeluruh
* Rendah keberkesanan kerana peratusan baja diserap adalah kurang
* Sesuai untuk tanaman yang ditanam dalam kawasan yang luas seperti tanaman padi.

APLIKASI JALURAN

* Meletakkan baja pada lokasi yang terdapat banyak akar
* Baja P yang kurang daya gerak (mobiliti) perlu ditabur berhampiran akar.

APLIKASI BERPERINGKAT

* Memberi baja pada beberapa peringkat tumbesaran dan pembentukan tanaman
* Dengan ini dapat mengurangkan kehilangan nutrien yang tinggi daya gerak separti unsur N

PEMBAJAAN SISI

* Membaja tanaman yang sedang membesar
* Membaja secara tabur atas jaluran

FERTIGASI

* Baja larutan diberi melalui pengairan
* Sesuai bagi media yang kurang memegang nutrien seperti pasir

BAJA FOLIAR

* Memberi baja kepada daun dalam bentuk semburan cecair
* Nutrien diserap melalui stomata







                

               

                 


No comments:

Post a Comment